Ahad, 22 Ogos 2010
replacement of rear-brake pad
pastikan kereta telah secure tak bergerak, sebab kita nak release handbrake nanti. Kalu kete auto, letak gear lever pada P. kalu kete manual masukkan je pada gear 5 atau gear R. Nak yakin lagi sendal lah tayar depan tu dgn bongkah kayu atau batu ..
Buka console tengah
Step 2.
turunkan handbrake, loosekan nut (size10) yang pegang cable handbrake tu. loosekan sampai hujung jgn sampai terlucut pulak
Jek kete, aku jek kat lower arm je, so kete tak yah jek tinggi2 sampai senget. Buka tayar. Tengok kat belakang caliper tu, boleh Nampak mechanism dia dgn cable yang dipasang pada caliper tu. Cabut clip yang pegang sarung cable tu (lupa plak nak amik gambo). Pastu pegang cable tu tarik sikit utk lucutkan dia dari holder yang kat caliper tu.
Ketuk caliper tu dgn Hammer dgn ketukan yang sederhana, tujuan utk lekangkan kalu ade component2 yang ketat/melekat. Buka bolt size 12 yang pegang caliper tu, pastu caliper tersebut boleh diangkat seperti dalam gambar. Mungkin agak ketat, tuil sikit dgn batang besi atau screwdriver size besar… maka bolehlah keluarkan pad2 tersebut. Jgn lupa perhatikan kedudukan pad tu mcmana sebelum dibuka. Gunakanlah screw driver kalu ketat atau nak umpil keluar.
Perhatikan pada piston kat caliper tu. Ada 2 lurah kat permukaannya. Piston caliper belakang perlu dipusingkan semula utk memasukkannya sebab mechanism dia dah design mcm tu sebab ada handbrake..nak tau lebih lanjut surf dlm intenet. Nak pusingkan piston tu kene guna special tool., kalu takde guna “longnose” plier je.
So sekarang boleh masukkan pad yang baru. Ingat semula mcmana kedudukan asal sebelum pad tu dibuka dan pasangkan ia dgn kemas. Aku pakai brakepad MINTYE je…sebabnya..ntah aku tengok iklan dia punya bapak besar kat karak highway yang nak pi genting tu, ….so far aku pakai utk brake depan ok je.
Step 8.
Oops, sebelum terlupa, korang tengok gambar, sapukan sikit je minyak/grease kat hujung slot brake-pad yang kat caliper tu, tujuan utk protect dari karat dan licinkan pergerakkan pad.
Setelah pad dipasang, masukkan semula caliper yang diangkat tadi dan pasangkan semula bolt (size 12) tadi dan ikat dgn kemas.
Pasang semula cable handbrake pada caliper tersebut bersama2 dgn safety clipnya. Ketatkan semula nut size 10 pada lever handbrake tadi sampai betul2 kemas/ketat. Pasang semula console. Pas tu kalu nak bleeding ke taknak ke ikutsuka koranglah, kalu nak sedap brake, check semula minyak dan buat proses bleeding ke empat2 brake tu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan